Harian Metro 23 Jun 2008
BATU PAHAT: Kurang pengetahuan menyediakan ‘resume’ ketika memohon pekerjaan dikenal pasti antara kelemahan utama menyebabkan siswazah gagal mendapat pekerjaan sesuai dengan kelayakan mereka.
Malah lebih teruk lagi, ada di kalangan graduan di luar negara bukan saja tidak mengetahui maklumat yang perlu diisi, malah tidak mengetahui apa sebenarnya ‘resume’.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad, berkata beliau sendiri melalui pengalaman itu ketika bertemu beberapa graduan tahun akhir di sebuah universiti luar negara, beberapa tahun lalu.
“Ketika itu, saya bersama rakan dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumpa pelajar tahun akhir di luar negara dan kami mengadakan taklimat mengajar mereka bagaimana cara menyediakan ‘resume'.
“Amat menyedihkan apabila kita tanya, ada antara mereka yang tidak memahami apa itu ‘resume’ dan inilah kelemahan yang harus kita atasi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Terbuka dan Karnival Pekerjaan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), di sini, semalam.
Sehubungan itu, Noraini berkata, panduan mengenai cara penyediaan ‘resume’ yang betul menjadi keutamaan pihaknya dalam setiap karnival pekerjaan yang diadakan di seluruh negara.
“Selain itu, kita mahu pencari pekerja lebih banyak membaca akhbar untuk menambah ilmu pengetahuan am mereka kerana pernah juga berlaku, ada yang tidak tahu nama pemimpin negara ketika ditanya penemuduga,” katanya.

0 comments:
Post a Comment