9resume|review

Tahukah anda sama ada resume anda adalah lengkap dan terbaik?
Jika anda perlukan pandangan dan komen mengenai resume anda, pelan 9resumereview adalah pilihan yang tepat.

Di bawah pelan 9resumereview, resume yang dihantar kepada kami akan disemak dan diteliti. Selepas penelitian dibuat, sebarang komen dan pandangan serta tips bagi memantapkan lagi resume tersebut akan diusulkan kembali kepada anda. Kami tidak akan membuat sebarang pindaan ke atas resume tersebut. Jika pindaan dirasakan perlu, ianya akan dilakukan oleh anda sendiri!

9resume|update

Sibuk dengan kerja?
Mungkin anda tiada masa untuk mengemaskini resume anda yang telah pun 3 tahun.. 4 tahun atau 6 tahun tidak dikemaskini kepada pekerjaan anda sekarang.

Walau berapa lama sekali pun resume anda telah di'perap' :), pelan 9resumeupdate dapat membantu mengemaskini resume anda tanpa perlu anda mencuri-curi masa dengan kesibukan tugasan di pejabat. Hanya hantarkan resume anda beserta maklumat mengenai pekerjaan terkini/terbaru dan anda akan menerima resume yang telah dikemaskini dalam masa 5 hari.

Format resume asal tidak akan diubah hanya penambahan atau kemaskini dibuat untuk pekerjaan terakhir/terkini.

Whenever new opportunity knocks.. (you know what it means.. :)), no more worries to update your resume. Your updated resume is ready to serve you right away..

9resume|edit

Kepada anda yang inginkan perubahan sepenuhnya kepada resume sedia ada, 9resume|edit adalah pakej yang paling sesuai. Resume asal akan diubah secara keseluruhan untuk menghasilkan resume baru yang unik dan lengkap mengikut format terkini.

Dengan 9resume|edit, resume anda jauh lebih mantap daripada resume tipikal yang lain & meninggikan peluang anda untuk panggilan temuduga yang anda impikan.

9resume|create

9resumecreate adalah pelan khusus untuk pelajar lepasan universiti atau kolej yang tidak mempunyai resume tetapi merancang untuk mencari pekerjaan yang pertama.

Tiada masa untuk menyediakan resume anda?
Apa yang anda perlu buat hanyalah menghantar maklumat berkenaan pencapaian akademik, bukan akademik dan segala yg berkaitan kepada kami. Kami akan membantu anda menyediakan resume yang lengkap dan anda hanya perlu meneruskan misi pencarian pekerjaan anda!